1 trik Kerja Sambilan Dari Rumah yang POWER tapi orang Malaysia suka abaikan

Share:
Kerja Sambilan Dari Rumah

Kerja sambilan dari rumah bukan perkara mustahil di zaman ini. Kerja sambilan dari rumah merupakan salah satu pilihan untuk suri rumah membantu meningkatkan ekonomi rumah tangga di zaman serba mencabar. Persoalan di sini, kerja apa yang boleh dijalankan hanya di rumah? Banyak sebenarnya. Tapi di artikel kali ini saya ingin tekankan bagaimana anda kerja dari rumah tanpa tekanan dari bos. Jadi, mari kita fokuskan teknik berbisnes dengan internet.

Bisnes online ataupun perniagaan dalam talian ini membantu anda menjimatkan kos dan masa terutamanya. Jika anda melakukan perniagaan secara offline, anda perlu spend masa untuk melakukan marketing seperti edar flyers, memasang banner, membayar kos tapak/kedai, dan banyak lagi. Tetapi, Kerja sambilan dari rumah dengan internet tidak memerlukan semua itu. Cukuplah jika ada 3 perkara di bawah ini:

  1. Internet
  2. Laptop/smartphone
  3. Barang untuk diniagakan

3 perkara ini akan mampu membuatkan anda kerja hanya dari rumah.

Berkenaan dengan internet dan laptop, saya yakin anda tiada masalah untuk sediakan. In fact, anda ada semua tu sekarang ni. Kalau tak, bagaimana anda baca artikel saya? Betul? :)

Cuma sekarang, anda perlu cari barang apa untuk diniagakan. Sama seperti saya dahulu, saya kerap terfikir apa yang saya nak niagakan. Sebenarnya apa-apa pun boleh diniagakan. Cuma kena tahu teknik marketing. Bila tahu teknik marketing yang betul, insyallah anda boleh jual barang anda. Prinsip saya mudah, marketing saya ialah mesti jual kepada target market yang betul iaitu yang memerlukan barang atau servis dari saya. Jika saya jumpa target market sebegini, saya mesti berjaya buat sales. Insyallah, ini yang saya nak kongsi dengan anda dalam artikel ini. Ini merupakan salah satu cara saya dapatkan target market yang betul untuk bisnes saya.

Trik kerja sambilan dari rumah dengan SEO

Tahu apa itu SEO? SEO ialah ringkasan kepada Search Engine Optimization. Boleh rujuk di sini untuk maklumat lanjut (KLIK). Secara ringkasnya, teknik SEO ini menjadikan blog atau website anda di page pertama Google secara percuma. Apabila blog anda di page pertama google, secara percuma ratusan atau ribuan orang/prospek akan terlihat blog anda dan berkemungkinan besar membaca blog anda dan berminat dengan produk atau servis bisnes online anda. 

Dengan SEO, anda mampu kerja sambilan dari rumah dan mendapat pelanggan secara automatik. Tak perlu keluar rumah spend masa untuk marketing. Menarik bukan? Mari baca contoh saya bagaimana SEO ini berfungsi. 

Saya seorang agen takaful. Saya ada produk medical card yang ingin dijual kepada market di luar sana. Secara dasarnya, target market saya ialah orang yang mencari pelan takaful. Orang-orang sebegini biasanya akan mencari agen takaful melalui Google. Melalui kajian saya, mereka kerap menggunakan keyword "medical card terbaik" di Google. Saya juga dapati, dalam 1 bulan, kira-kira 500 orang yang menggunakan keyword berkenaan untuk mendapatkan maklumat tentang medical card terbaik. 

Oleh itu saya buat 1 artikel berkenaan medical card terbaik di blog saya dan cuba ranking di page pertama Google. Ini artikel saya medical card terbaik. Jika saya sudah berjaya ranking first page nanti, kira-kira 500 orang akan terlihat blog saya dan berpotensi membaca artikel saya, ketika itu mereka mungkin berminat mendapatkan servis saya. Jika hanya 1% sahaja dari 500 itu menjadi client saya, at least 5 medical card saya terjual setiap bulan. Ini sangat baik untuk saya kerana saya mendapat client secara automatik melalui Google. Ini sales saya tak termasuk marketing melalui FBads lagi. Dan ini baru 1 keyword saya cuba ranking, bayangkan kalau 10 keyword saya ranking? :)

Mesti anda terfikir bagaimana saya buat kajian mendapatkan keyword yang orang gunakan ketika search di Google? Anda juga mungkin tertanya-tanya apa teknik SEO yang saya gunakan untuk ranking blog saya di first page Google? Jawapannya ada di sini, KLIK TEKNIK SEO untuk belajar secara online dan percuma dengan Guru SEO saya Tuan Azham Zanal. Percayalah, kerja sambilan dari rumah bukan lagi perkara mustahil dan sukar jika anda kuasai ilmu SEO ini.

Namun, janganlah hadkan kerja sambilan dari rumah semata-mata dengan SEO. Jika anda mampu dan berkemampuan melakukan marketing bisnes online anda dengan cara lain, teruskan sahaja. SEO adalah salah satu cabang marketing yang patut anda cuba. Itu sahaja. Semakin banyak channel marketing funnel anda, semakin baik sales perniagaan dalam talian anda.

Jika anda masih tiada idea untuk kerja sambilan dari rumah, anda boleh hubungi saya untuk dapatkan khidmat nasihat percuma cara menjadi agen takaful. Ya, anda boleh gunakan teknik yang sama untuk cari pelanggan melalui Google. Tak perlu keluar rumah untuk market kan produk takaful, duduk di rumah dan layan whatsapp dan panggilan-panggilan yang datang untuk dapatkan pelan takaful terbaik dari anda. Sekian perkongsian dari saya kali ini. Hubungi saya dengan nombor di bawah:-

Whatsapp
Mohd Hanis Bin Abd  Hamid
011-1645 5530


No comments