2 strategi perniagaan dalam talian yang efektif dan simple

Share:

Perniagaan dalam talian atau kerap disebut sebagai bisnes online sangat popular ketika ini kerana ianya sangat menjimatkan kos. Perniagaan dalam talian kerap dijadikan medium wang sampingan oleh para suri rumah dan kebanyakan fresh graduate yang ingin mencari wang saku lebih untuk perbelanjaan harian. Tetapi, berapa ramai yang tahu cara mempromosikan bisnes online tanpa kos/kos kecil agar keuntungan lebih tinggi dan stabil? 

Artikel kali ini saya kongsikan 2 strategi yang akan membantu perniagaan dalam talian anda agar lebih maju pada masa hadapan.

STRATEGI #1: SEO BLOG PERNIAGAAN DALAM TALIAN ANDA DENGAN TEKNIK YANG BETUL
Strategi ini membantu perniagaan dalam talian anda dengan meletakkan artikel yang berkaitan dalam blog anda di muka pertama di carian Google. Apabila blog anda di muka carian pertama Google, pelawat-pelawat akan terlihat artikel berkenaan dan akan tertarik untuk membacanya sekiranya artikel berkenaan difikirkan membantu dapatkan apa yang dicari.

Tips untuk tarik pelawat-pelawat Google untuk klik membaca artikel anda adalah dengan meletakkan tajuk yang catchy. Tajuk catchy ialah mempunyai daya penarik perhatian pelawat untuk klik dan membaca artikel anda. Untuk bab ini, teknik copywriting amat penting untuk anda belajar. Jangan risau, tak susah pun copywriting ni :)

Apabila sudah hasilkan tajuk yang catchy, konten artikel juga mestilah menarik dan berinformasi. Tidak mendatangkan faedah jika tajuk artikel menarik tetapi konten tidak bermanfaat kerana pelawat tak akan teragak-agak untuk tekan button X atau Back jika konten tidak berkualiti. Ini akan merugikan anda kerana pelawat itu tidak berpotensi bertukar kepada pelanggan anda apabila tidak membaca artikel anda. Ini menandakan dia tidak mempercayai blog dan diri anda.

Teknik SEO ini akan berkesan jika konten blog anda berkualiti. Tak guna jika semua artikel anda di muka pertama carian Google jika pelawat tidak suka konten anda. Perniagaan dalam talian anda tidak akan kemana. 

Jangan sia-siakan usaha anda meletakkan artikel blog anda dimuka pertama Google dengan artikel yang tidak berkualiti. Kita ingin bina keyakinan pelawat terhadap kita dengan kredibiliti penulisan dan perkongsian kita. 

Anda dah faham logik dalam teori teknik SEO. Artikel blog di muka pertama Google akan mendapatkan pelanggan secara automatik bagi perniagaan dalam talian anda. Tetapi, jika artikel berada di muka pertama Google yang salah, anda akan buang masa. Saya bagi contoh:

Artikel saya berkenaan dengan "pelan takaful", tetapi saya buat SEO pada artikel itu dengan mensasarkan keyword "orang sakit". Artikel berkenaan akan muncul pada muka pertama Google jika pelawat menaip perkataan "orang sakit" di Google. Tuan, orang yang sakit sudah tidak boleh ambil pelan takaful perubatan. Logiknya tiada keperluan untuk dia membaca artikel pelan takaful. Jadi, pelawat berkenaan berkemungkinan besar memang tidak akan menjadi client saya. 

Rugi kan? Untuk strategi perniagaan dalam talian, Saya sangat rekomen jika tuan belajar SEO secara online dan percuma dengan Tuan Azham Zanal. DO IT RIGHT from start. Anda tak akan rugi. Klik sini untuk ke blog beliau (KLIK DI SINI SEKARANG).

STRATEGI #2: HANTAR IKLAN PERNIAGAAN DALAM TALIAN ANDA DI FACEBOOK GROUP
Saya yakin hampir semua orang ada akaun FB. Hampir semua orang akan berinteraksi dalam dunia FB. Gunakan masa anda bersosial di FB untuk bisnes onlineJoin group-group di Facebook dan post iklan-iklan anda. Ini akan buatkan sebahagian orang di dalam group berkenaan akan terlihat iklan anda dan jika berminat, mereka akan hubungi anda untuk dapatkan produk/servis anda. 

Yang lebih menyeronokkan lagi, rakan-rakan FB anda jugak berpotensi terlihat aktiviti anda membuat promosi di group FB. Mereka mungkin juga berminat dan membeli dari anda. Simple tapi berkesan.

Tips untuk teknik ini juga sama seperti SEO. Tajuk iklan mestilah catchy dan konten iklan juga berinformasi. Pembaca akan seronok dengan perkongsian anda dan anda mendapat trust factor dari mereka. Cuma anda kena cari dan pilih group-group yang sesuai. Jangan spam ke semua group FB. Potensi akaun FB anda akan di'ban' sangat tinggi. Mengikut pengalaman saya, dalam sehari anda hadkan post ke 20 group sahaja di waktu siang, dan 20 lagi di waktu malam. Selangkan aktiviti post iklan anda ke group kira-kira 1-2 minit.

Dengan 2 strategi perniagaan dalam talian ini, anda boleh kerja dari rumah dengan selesa. 

Selesai perkongsian ringkas saya untuk anda berkenaan 2 strategi yang membantu bisnes online anda. Jika berkesempatan, saya akan kongsikan pula teknik marketing berbayar seperti FBads. Untuk permulaan, anda boleh mulakan dengan 2 strategi ini jika anda masih tiada klu bagaimana harus bermula. 



ps: Saya menjemput anda membaca artikel kerja sambilan di rumah jika anda serius dengan perniagaan dalam talian