2 Idea Bisnes Online Sangat Lumayan Untuk Anda

Share:
bisnes online

Bisnes Online sangat mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Bisnes online amat disukai kerana mudah dijalankan tanpa perlu berhenti dari pekerjaan tetap. Ia sumber pendapatan tambahan untuk sesiapa yang memerlukan wang tambahan untuk kegunaan harian. Bisnes online juga telah terbukti sebagai platform untuk individu bertukar dari makan gaji ke menjana pendapatan sendiri.

Perniagaan dalam talian sangat unik. Ianya banyak menjimatkan kos permulaan untuk peniaga dan banyak barang yang diniagakan secara offline dahulu, kini hanya bertukar secara online yang lebih efisyen dan win-win situation antara pengguna dan peniaga. Buktinya, lihat Lazada dan Mudah. Kedua-dua laman jualan ini sangat tinggi pelawatnya yang datang untuk membeli. 

Di artikel ini, mari saya kongsikan kepada anda idea-idea yang anda boleh gunakan untuk mulakan perniagaan dalam talian dengan pantas. Malah, potensi income adalah lumayan. Bayangkan hanya kerja dari rumah, anda mampu jana pendapatan mungkin lebih dari apa yang anda dapat dari pekerjaan tetap anda.

Idea Bisnes Online #1: Dropship

Selalu dengar kan? saya harap anda tak jemu dengan perkataan dropship kerana mungkin anda tak sedar model bisnes yang sangat simple ini mampu buat anda jana lebih pendapatan dengan internet dan smartphone sahaja. Saya beri contoh kiraan potensi pendapatan melalui dropship ini.

Katakan anda menjadi agen kepada seorang stokis tudung bawal yang berjenama di kawasan anda. Setiap helai tudung bawal anda diberikan komisen sebanyak RM20. Anda cuma target buat 3 jualan sehari. Income anda sehari adalah RM60 melalui perniagaan ini sahaja. Jika anda konsisten membuat jualan selama 30 hari @ sebulan, income anda adalah RM1800! 

Jika anda ikut tips saya di artikel strategi perniagaan dalam talian KLIK SINI, 3 jualan sehari tidak mustahil. Tak percaya, anda cuba buat betul-betul dengan serius. Insyallah rezeki mesti ada jika sudah berusaha. Bisnes online dengan dropship sangat simple.

Jualan tudung ini cuma contoh untuk anda, mungkin anda ada idea lain untuk diniagakan secara online. Anda boleh pilih barang apa yang anda minat untuk dijual.  

Anda mungkin berminat artikel saya berkenaan TRIK KERJA SAMBILAN DI RUMAH (KLIK)

Jika anda tidak berminat dalam mempromosikan produk fizikal, anda boleh menceburi bidang perniagaan kategori servis yang tidak memerlukan anda menyimpan atau bergantung kepada stok. Cuba lihat idea bisnes online ke dua yang dikongsikan di bawah.

Idea Bisnes Online #2: Agen takaful

Agen takaful pun boleh online ke? Jika itu yang anda tertanya-tanya saya jawap YA, BOLEH. Dengan teknik online marketing, pekerjaan sebagai agen takaful juga boleh dijalankan secara perniagaan dalam talian. Anda boleh cari client melalui teknik online dan cuba dapatkan temu janji untuk sesi penerangan 10-15minit. Potensi income dengan sebagai agen takaful juga menarik, setiap client yang anda dapatkan akan jana pendapatan kepada anda selama 6 tahun. 

Jika anda bercita-cita untuk membina empayar bisnes online sendiri, ini merupakan satu peluang yang baik untuk anda. Ini kerana masalah yang dihadapi oleh agen-agen takaful ialah ketandusan prospek berkualiti. Jadi dengan teknik marketing online yang saya kongsikan dalam artikel sebelum ini, prospek yang berkualiti bukan sahaja mudah untuk dicari, malahan mungkin mereka yang mencari kita. Kerana ada di luar sana yang tercari-cari pelan takaful tapi tidak tahu di mana mahu dapatkan agen yang boleh dihubungi.

Jika anda tanya saya, antara 2 idea ini mana yang terbaik untuk anda pilih, jawapan saya adalah berbeza mengikut target anda. Jika anda hanya berniat mahu melakukan bisnes dalam jangka masa pendek, bisnes dropship pilihan terbaik untuk anda. Tetapi jika anda serius mahu jana pendapatan yang lumayan dan untuk jangka masa panjang, kerjaya sebagai agen takaful adalah yang tepat untuk anda. Bisnes secara online dan digabungkan dengan takaful, ianya sangat berpotensi untuk anda jana pendapatan yang serius. Dalam masa yang sama, membaiki ekonomi kewangan anda dan keluarga.

Idea ini juga sesuai untuk para graduan yang tidak berpeluang untuk makan gaji. Perniagaan dalam talian sebagai agen takaful mampu menjana gaji yang setimpal atau lebih dengan kelayakan anda. Dalam bisnes ini, jika usaha pasti ada hasil.

Jika berminat menjadi agen takaful melalui kaedah bisnes online, terus whatsapp saya di 011-1645 5530 (Mohd Hanis). Saya akan balas pertanyaan Whatsapp anda dalam 24 jam. Mari sertai agensi kami di Kulim. Warga Penang dan Kedah berdekatan amat dialu-alukan. Atau jika anda mahu dapatkan quotation percuma Great Eastern Medical Card untuk diri sendiri, keluarga, atau rakan-rakan. Whatsapp saja saya, saya akan susun faedah terbaik untuk anda agar caruman anda berbaloi-baloi dan dapat diguna diwaktu memerlukan.