3 Ciri Medical Card Terbaik Yang Anda Wajib Tahu

Share:
medical card terbaik

Untuk memiliki medical card terbaik untuk diri anda atau ahli keluarga, 3 rules of thumb ini wajib anda patuh agar caruman anda berbaloi. Paling penting, set di minda anda jumlah perlindungan medical card terbaik untuk anda tidak semestinya sama dengan orang lain kerana setiap individu ada keperluan dan kemampuan yang berbeza-beza/unik. Jadi, tolong BACA SAMPAI HABIS garis panduan dalam artikel ini dan rujuk kepada agen yang serius dan ikhlas membantu anda, agar  anda dapat medical card terbaik untuk kegunaan bukan sahaja pada hari ini, malahan pada masa akan datang.

#1) Rules of Thumb dalam menilai medical card terbaik untuk kegunaan anda

Jumlah perlindungan/coverage medical card terbaik mesti cukup untuk kegunaan anda pada hari ini dan hari tua. Kenapa saya tekankan perkara ini pada anda? Anda bayangkan hari ini anda miliki perlindungan takaful berjumlah RM150,000.00 setahun. Ya, mungkin sekarang jumlah itu cukup besar untuk tampung kos perbelanjaan perubatan anda. Sekarang anda fikir, adakah jumlah itu cukup 10 20 30 tahun akan datang? Nilai wang akan semakin susut dimamah inflasi. Jadi kos perubatan akan semakin meningkat pada masa akan datang.

Anda ada pilihan lain seperti memperbaharui medical card anda pada masa akan datang jika jumlah perlindungan yang telah ada tidak lagi mencukupi, tapi anda akan terdedah dengan risiko TIDAK LAYAK memperbaharui medical card baru sekiranya pada ketika itu anda sudah menghidap penyakit. Lebih malang lagi, walaupun anda sihat ketika itu dan anda layak memperbaharui medical card, anda terpaksa menunggu lagi tempoh matang 120 hari. Jika ditakdirkan anda menghidap penyakit kritikal sebelum tempoh matang, syarikat takaful tidak akan menanggung kos perubatan anda. Sanggup anda nak letak risiko macam ini pada diri anda? Mesti TIDAK kan!

Nasihat saya, Medical card terbaik untuk anda ialah jumlah perlindungannya relevan selagi anda mencarum walaupun 30 tahun akan datang. Jadi, medical card dengan perlindungan yang besar adalah baik untuk anda supaya caruman bulanan anda keluarkan tidak sia-sia. Anda boleh guna tanpa masalah. Di akhir artikel ini, saya akan kongsikan sumber medical card yang jumlah perlindungan besar dan harga yang berpatutan. Jangan risau dan teruskan membaca ya :)

#2) Rules of thumb dalam memilih medical card terbaik

Pastikan tiada Portfolio Withdrawal Clause (PWC) dalam pelan takaful anda. Jika anda tak faham apa itu PWC, PWC ini bermaksud syarikat takaful ada hak untuk membatalkan medical card anda dengan notis seawal 30 hari sekiranya syarikat ingin menamatkan produk medical card berkenaan atas sebab-sebab tertentu. Dengan adanya PWC dalam pelan takaful anda, anda pasti terdedah dengan risiko tiba-tiba hilang perlindungan takaful dan lebih teruk lagi ketika itu anda telah menghidap penyakit, anda terus hilang kelayakan untuk mendapatkan medical card yang baru.

Kad perubatan yang baik juga akan menggantikan pendapatan anda sekiranya anda terlantar di hospital dan tidak bekerja. Bagaimana caranya? Medical card terbaik perlu ada manfaat elaun hospital. Di mana jumlah $$$$ elaun hospital sehari bersamaan dengan gaji $$$$ anda sehari. Jadi, jika anda tidak dapat bekerja selama sebulan kerana diwadkan dalam hospital maka jumlah elaun hospital anda bersamaan gaji anda selama sebulan. Di bawah adalah contoh cara kiraan mudah elaun hospital:

En Shahnaz mempunyai pendapatan sebanyak RM5,000.00/bulan, maka elaun hospital layak untuk beliau ialah:

GAJI SEBULAN : RM5,000.00
GAJI SEHARI : RM5,000.00/30 = RM166.67

Minima RM170 (dibundarkan dari RM166.67)

Alasannya ialah jika En Shahnaz terlantar di hospital selama 1 bulan, pendapatan beliau yang hilang akibat tidak boleh berkerja kerana masuk wad akan digantikan dengan elaun hospital sebanyak 30 hari.

RM170.00 x 30 = RM5100,00. En Shahnaz tidak lagi perlu risau untuk menyara diri dan keluarga kerana hilang upaya untuk bekerja.

#3) Rules of thumb dalam memilih medical card terbaik dalam hidup anda

Dapatkan perlindungan takaful medical card terbaik yang mampu memberikan cash value yang tinggi. Cash value ialah nilai tunai yang pemilik medical card miliki apabila mencarum dalam takaful. Cash value ini penting kerana semakin tinggi cash value yang anda ada, semakin susah medical card anda untuk luput. Ini kerana katakan anda terlupa membayar caruman, syarikat takaful akan menolak cash value yang terkumpul dalam pelan takaful anda untuk menggantikan caruman yang anda terlupa/terlewat bayar. Jadi, anda akan terlepas dari risiko polisi luput dan tiba-tiba perlu menggunakan medical card.

Sekiranya anda tidak pernah terlupa/terlewat membayar caruman, ini juga berita baik untuk anda. Anda boleh keluarkan bila-bila masa cash value terkumpul itu untuk kegunaan anda. Jadi caruman takaful ini bukan sahaja menyediakan perlindungan kewangan kepada anda, malahan seolah-olah simpanan tetap anda untuk masa akan datang. Walaupun takaful tujuan utamanya ialah perlindungan dan bukan simpanan/pelaburan, ada sesetengah syarikat takaful yang mampu menyediakan pelan takaful terbaik yang memberi perlindungan kepada pencarum, dan masa yang sama menyediakan platform seolah-olah simpanan/pelaburan kepada anda. Saya ada kongsikan contoh pelan takaful terbaik untuk medical card terbaik di akhir artikel ini. Nanti klik terus baca ya :)

Satu lagi yang anda perlu tahu tentang medical card iaitu wujud medical card kategori stand alone yang makin popular sekarang kerana bayaran bulanan yang rendah. Medical card kategori ini tidak mempunyai cash value. Jadi, ianya tidak menepati rules of thumb yang saya kongsikan dalam artikel ini. Tapi, bukanlah bermaksud jenis ini tidak baik untuk pencarum, ianya bergantung pada keperluan dan kemampuan masing-masing. Medical card jenis ini harga caruman lebih murah tetapi jumlah caruman akan meningkat semakin mahal apabila umur semakin tua. Mungkin medical card jenis ini sesuai dengan orang muda yang baru bekerja dan ingin dapatkan perlindungan takaful. Apabila pendapatan orang muda berkenaan semakin meningkat, boleh beralih ke medical card terbaik dan menepati rules of thumbs saya kongsikan ini.

Terima kasih kerana membaca artikel ini sampai habis. Semoga bermanfaat kepada anda. Ini merupakan sebahagian nasihat saya yang berkecimpung dalam bidang takaful ini. Seperti yang saya janjikan di dalam artikel, anda boleh KLIK DISINI untuk membaca contoh dan dimana untuk mendapatkan medical card terbaik yang caruman berpatutan dan jumlah perlindungan yang tinggi serta mampu menyediakan cash value yang tinggi. Senang cerita, menepati rules of thumb yang saya kongsikan. Banyak lagi yang saya boleh kongsikan ciri-ciri medical card terbaik untuk anda. Jika berminat, boleh whatsapp saya untuk temujanji 10-15 minit. Saya terangkan secara percuma sambil kita santai-santai :)

Hubungi saya, 
Mohd Hanis
011-1645 5530